Selasa, 24 Januari 2012

Dasar Luar Negara

Views
BAB 8 Dasar Luar Negara ( NAZATUL / RIME )
  • Pengenalan
    • Dasar luar sesebuah negara merujuk kepada matlamat, rancangan, serta tindakan yang diambil oleh negara itu apabila mengadakan hubungan dengan negara-negara yang lain.
    • Dasar luar sesebuah negara sebenarnya berkait rapat dengan dasar dalaman negara itu.
    • Hal ini bermakna dasar luar sesebuah negara digubal mengikut kehendak dasar-dasar negara dan asas-asas kepentingan nasional negara itu yang merangkum kepentingan politik, ekonomi, dan sosial.
  • Matlamat dasar luar negara
    • Menjamin kemakmuran dan kestabilan negara serta keselamatan negara.
    • Mencari cara-cara baharu untuk mencapai dan menjaga kepentingan negara dalam persekitaran antarabangsa yang sentiasa berubah.
    • Memelihara kepentingan ekonomi dan politik, selaras dengan era globalisasi.

  • Faktor penentuan dasar luar negara

          -faktor dalaman
a)      Kepentingan nasional dari segi ekonomi, kebudayaan, dan keselamatan negara.
b)      Agama Islam sebagai agama rasmi negara
c)      Struktur politik negara; sistem demokrasi berparlimen.

          -faktor luaran            
a)      Persekitaran geostrategic, iaitu kedudukan Malaysia yang sangat strategik di dunia.
b)      Keadaan politik serantau, terutamanya negara-negara anggota ASEAN
c)      Pertubuhan antarabangsa yang dianggotai Malaysia seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu PBB, Pertubuhan Negara-negara Berkecuali NAM, dan Pertubuhan Persidanga Negara-negara Islam OIC
d)     Undang-undang antarabangsa.
                                                                     
          -faktor sejarah dan budaya                                            
1.      Malaysia bekas jajahan British.
a.       Menjadi anggota Komanwel dan menyokong segala usahanya
b.      Meneruskan hubungan baik dengan Britain
2.      Malaysia amat menitikberatkan perpaduan Islam.
a.       Menitikberatkan hubungan yang baik dengan negara-negara Islam
b.      Menyertai dan menyokong segala usaha Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam OIC
c.       Menyokong projek-projek tertentu seperti Bank Pembangunan Islam
d.      Menjadi ahli Kumpulan Lapan Negara-negara Membangun D8                                                        
  • Perkembangan dasar luar mengikut era kepimpinan

-          Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (1957-1967)
Selaras dengan dasar pro-Barat dan dasar antikomunis, Tunku Abdul Rahman telah mengambil tindakan yang berikut:
1.      Mendapatkan bantuan British untuk menyelesaikan konflik politik Malaysia seperti isu pembentukan Malaysia, tuntutan Filipina ke atas Sabah, konfrontasi Indonesia dan perpisahan Singapura daripada Malaysia.
2.      Mengamalkan dasar perdagangan bebas dan terbuka, khususnya dengan negara-negara barat.
3.      Menandatangani Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) dengan British pada tahun 1957.
4.      Memberi penekanan kepada kerjasama serantau melalui penubuhan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun 1967.

-          Tun Abdul Razak Hussein (1970-1976)
1.      Malaysia mengamalkan dasar berkecuali selepas tahun 1970.
2.      Beliau menekankan keperluan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka untuk bebs daripada penguasaan Barat.
3.      Beliau tidak antikomunis, tetapi bukan komunis. Ini bermakna Malaysia akan menolak segala doktrin komunisme yang tidak sesuai untuk rakyat Malaysia, tetapi pada masa yang sama, masih mengekalkan hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis.
4.      Malaysia turut memperluas hubungan diplomatik dengan dunia luar seperti Afrika dan Asia (termasuk China), Amerika Latin, Pasifik Selatan dan Timur Tengah.


-          Tun Hussein Onn (1976-1981)
Kerjasama serantau diberikan penekanan seperti yang dapat dilihat daripada tindakan yang berikut:
1.      Malaysia memainkan peranan yang penting dalam penubuhan ASEAN.
2.      Malaysia berusaha untuk menyelesaikan masalah Kemboja (Kampuchea) selaras dengan matlamat ASEAN.
3.      Mempererat hubungan antara Malaysia dengan China.


-          Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003)
1.      Dasar luar Malaysia berubah di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohammad.
2.      Tindakan yang diambil oleh beliau ialah:
a.       Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur pada tahun 1983 yang melibatkan usaha penghantaran kakitangan awam untuk menjalani latihan pengurusan sektor awam dan swasta di Jepun dan Korea Selatan.
b.      Mengurangkan Pelaburan di negara lain, khususnya di negara-negara Barat.
c.       Memupuk hubungan dan kerjasama serantau serta menekankan kerjasama dengan selatan-selatan.
d.      Menyesuaikan dasar luar dengan trend era globalisasi dengan menyokong penubuhan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
e.       Terus memainkan peranan aktif dalam NAM dan OIC.


-          Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)
1.      Malaysia mengamalkan dasar luar yang bersifat berkecuali atau neutral dan tidak bersikap berat sebelah dalam usaha mengekalkan hubungan mesra dengan semua negara di dunia tanpa mengira status dan ideolgi.
2.      Malaysia turut mengamalkan dasar luar negara yang berprinsip, bebas dan pragmatik sebagai usaha untuk mengekalkan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Hubungan diplomatik dengan negara-negara lain di dunia akan ditadbir secara bijak.
3.      Langkah lain yang diambil ialah:
a.       Memperkukuh kedudukan ekonomi di pasaran dunia menerusi peluasan rangkaian perniagaan.
b.      Terus membantu untuk menyelesaikan krisis atau konflik di peringkat antarabangsa.
c.       Membawa kemajuan dan memberikan dimensi baharu kepada organisasi antarabangsa seperti OIC, NAM, ASEAN dan sebagainya.
d.      Meneruskan dasar yang telah dipelopori oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Terima kasih kerana sudi membaca entri kuihkosoi. kalau suka.. silakan like

0 ulasan:

Catat Ulasan

copyright© 2012. All Right Reserved by Kuih Kosoi