Selasa, 24 Januari 2012

Sumbangan Khalifah Umar bin al-khattab

Views
Nama                    : Rime bin Sisal
Tingkatan              : 6A2
Bahagian               : Tamadun Islam
Tajuk                    : Sumbangan Khalifah Umar bin al-Khattab. (soalan 1)

Pendahuluan –
latar belakang umar bin al-khattab (13-23H/634-644M)
berasal dari bani Adi. Tarikh lahir pada tahun 583M. nama sebenar Umar Al-Khattab bin Naufal keturunan Quraisy. terkenal dengan sifat berani, tegas, dan berterus terang. Cara pelantikannya telah dicadangkan oleh Khalifah Abu Bakar al-siddiq iaitu pada ketika Khalifah Abu Bakar sedang sakit. Cadangan ini telah dipersetujui oleh para sahabat dan orang ramai.

Isi
Dalam bidang politik-
Memperkenalkan dasar pentadbiran dan perlantikan pegawai. Beliau telah menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan muhajirin dan Ansar. Beliau membahagikan jajahan islam kepada beberapa wilayah dan melantik wali atau gabenor sebagai ketua yang bertindak sebagai pentadbir awam dan panglima tentera. Penaklukan merupakan polisi negara. Antara wilayah yang berjaya dikuasai ialah Syria, Mesir dan Afrika Utara.

Khalifah Umar juga telah menubuhkan beberapa jabatan penting seperti jabatan tentera, jabatan polis, jabatan percukaian dan jabatan perbendaharaan negara. Jabatan kehakiman pula telah dipisahkan daripada jabatan lain dan untuk mengelakkan salah laku oleh hakim, mereka telah diberikan gaji bulanan yang tinggi iaitu sebanyak 500 dirham.

                Pentadbiran tanah. Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera islam dibahagikan kepada 2 jenis. Tanah dhimmah-tanah bertuan yang ditadbir oleh pemegang-pemegang amanah yang dilantik daripada golongan ahl alayyam, iaitu golongan peneroka (ahl al-fay). Tanah sawafi – tanah tidak bertuan yaang tidak boleh dibeli atau dimiliki oleh sesiapa bagi mengelakkan berlakunya perpecahan antara umat islam.

                Terutama sekali ialah dalam bidang pendidikan, Khalifah Umar telah mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid dan beliau juga telah menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan. Contohnya, Abu Sufyan pernah dihantar untuk mengajar orang badwi di kawasan pendalaman.

Mengasakan takwim hijri
-          Beliau menjadikan tahun hijrah Rasulullah s.a.w ke yatrib (madinah) sebagai tarikh permulaan perkiraan kalender bagi umat islam.
-          Pengenalan takwim hijri memudahkan catatan peristiwa-peristiwa selepasnya.
-          Ia memudahkan umat islam mengingati sesuatu peristiwa dan membuat catatan mengenainya.

 mengasaskan al-diwan ( daftar atau buku catatan)
-          Diwujudkan untuk mencatatkan nama-nama tentera dan keluarga mereka serta jumlah sara hidup masing-masing.
-          Bayaran sara hidup dibuat berdasarkan jasa seseorang terhadap Islam, terutama semasa proses perluasan wilayah.

Khalifah umar telah menyusun sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela. Tentera tetap telah diberikan gaji dan pakaian seragam. Markas tentera juga telah dibina di bandar utama manakala kubu pertahanan telah dibina di sempadan yang menghadap negara musuh seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.

Dalam bidang ekonomi-
                Untuk meningkatkan ekonomi, khalifah umar telah membina terusan dan tali air untuk menambahkan lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 kilometer di Mesir. Rakyat telah digalakkan meneroka tanah baru untuk pertanian di samping mengusahakan tanah terbiar.

                Khalifah umar telah memperkenalkan pelbagai jenis cukai. Cukai jizyah yang dikenakan terhadap golongan zimmi juga tidak memberatkan. Cukai kharaj pula dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah. Tanaman barli dikenakan kharaj sebanyak satu dirham, untuk gandum dikenakan cukai dua dirham, sementara anggur dikenakan 10 dirham. Bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara melalui sistem jizyah dan kharaj, maka, baitulmal juga telah didirikan oleh khalifah Umar.

Penutup
Dengan kejayaan dan sumbangannya yang besar ini, khalifah umar telah diberikan gelaran Amirul Mukminin atau panglima Agung Mukmim. Khalifah Umar telah memberi banyak sumbangan dalam tamadun Islam sehingga zaman pemerintahannya dikenali sebagai zaman keemasan khilafah. (Tertutup). Pemerintahan Islam kemudiannya diteruskan lagi oleh khalifah seterusnya. Yang kemudiannya telah menyumbangkan banyak kepada pembangunan Islam sehingga Islam berjaya berkembang hingga ke hari ini. (Terbuka).

'' kalau korang nak tau rangka nie buat saya dapat markah 21/25 dalam tutorial sejarah tempoh hari.. hehe..  so berdasarkan rangka nie.. u ol kena cari fakta, huraian n contoh sebagai tambahan.. terutama dalam aspek politik".. lepas baca tolong tekan butang share...

Terima kasih kerana sudi membaca entri kuihkosoi. kalau suka.. silakan like

1 ulasan:

copyright© 2012. All Right Reserved by Kuih Kosoi